kereta busuk
Cerita ni dah lama jugak, masa tu aku tingkatan satu. Nak cerita secara detail aku pun tak
berapa ingat cerita ni. Cerita yang aku nak cerita ni pun takdelah seram sangat pun, tak
taulah aku kalau ada daripada pembaca yang rasa seram jugak. Masa tu aku ingat lagi
kecoh kat sekolah aku pasal ada sebuah kereta Proton Saga Aeroback yang dijual dengan
harga murah, tak sampai RM 500 pun. Memang murah gila, yelah mana nak dapat kereta
murah macam tu dan masih baru lagi. Kereta tu second hand tapi baru je pakai beberapa
bulan dan pemiliknya telah menjual pada satu kedai kereta terpakai. Tapi kereta tu takde
seorang pun mahu membelinya. Heran bukan? Memang heran pun aku sendiri pun heran,
mesti ada udang disebalik batu.

Sebab musabab kereta tu tak laku bukannya kerana dah tak boleh digunakan atau rosak,
kereta tu masih sempurna lagi dari segi zahir dan batinnya… cewahhh. Tapiiiiiiii ni aku nak
kaboo ke mung ni (terengganu pulak aku ni) bila bukak je pintu kereta tu, peeehhhh
mengeluarkan satu bau yang amat busuk, masyaAllah tak taulah nak kata macammana dia
punya busuk, aku rasa bau taik aku pun kalah. Memang busuk sangatlah. Itulah puncanya
kereta tu tak laku. Nak ikutkan puas juga orang kedai tu bersihkan, macam-macam jenis
syampu pakai tapi memang bau tu tak mahu hilang jugak.

Ceritanya macamni, aku pun ingat-ingat lupa sebenarnya. Lebih kurang macam ni la, pada
suatu hari pemilik kereta asal ni balik dari kerja (nak mudahkan cerita aku bagi nama  kat
pemilik ni Zues lah, senang sikit tapi bukan nama sebenar), si Zues ni balik pada hari ni
agak lewat sikit, yelah banyak kerja la katakan pada hari tu. Dalam perjalanan pulang si
Zues akan melalui satu tanah perkuburan, memang tiap-tiap hari dia ikut jalan tu. Tapi dah
biasa agaknya si Zues ni takdelah rasa apa-apa lalu kat situ. Kebetulan selepas saja
melalui tanah perkuburan tu ada seorang wanita tahan kereta si Zues ni, masa tu lebih
kurang pukul 8:30 malam. Pada mulanya si Zues ni tak mahu berhenti yelah dah
malam-malam macam tu, entah kenapa pulak hati dia ni tergerak pulak nak berhenti. Si
Zues menekan butang auto windowsnya,

"Nak kemana ni cik adik?", tanya Zues pada wanita tu.

"Saya nak baliklah bang, dari petang tadi saya tunggu bas, takde satu pun yang lalu, kalau
abang tak keberatan boleh saya tumpang?", tanya wanita tersebut pada Zues.

"Emm boleh jugak, rumah cik adik ni kat mana?", tanya si Zues lagi.

"Alaa bang tak jauh pun, dekat kawasan perumahan yang dekat dengan restoren lj tu."

"Ohhh restoren tuuuu, emm kat situ nasi lemak dia memang sedap tu, emm naiklah saya
pun memang lalu tempat tu", Tanpa berlengah lagi si Zues pun membuka pintu keretanya.

Wanita tadi pun naiklah kereta si Zues. Wangi jugak, ntah minyak wangi apa entah dia
pakai. Si Zues tak banyak tanya dengan wanita tu, malulah tu konon yelah boleh tahan
jugak lawanya. Tak sampai satu kilometer wanita tu suruh berhenti.

"Opssss, berhenti sini bang", dengan nada yang agak kuat.

"Eh! Apsal berhenti kat sini pulak? Kan ke belum sampai lagi", Zues hairan.

"Tu ha, rumah saya", dengan menuding jari kearah satu tempat.

"Takde pun?", Zues kehairanan.

"Adalah bang, takpalah saya turun sini ye, terima kasih kerana tumpangkan saya nah
ambil lah kain ni tanda terima kasih saya, simpan elok-elok ye bang jangan buang pulak
simpan je kat dalam kereta ni". sambil menyerahkan sepotong kain pada Zues.

Si Zues ni pun tanpa banyak tanya dia pun terima kain tu. "Oklah, Baik-baik jalan tu"
dengan agak kehairanan dengan apa yang terjadi. Si Zues ni pun baliklah rumahnya
dengan kain yang diberi oleh wanita tadi. Untuk pengetahuan, si Zues ni dah berkahwin.

Keesokan harinya pula, kebetulan besok tu hari minggu si Zues ni banyak menghabiskan
masa dirumah bersama keluarga. Si Zues ni biasalah dah hujung minggu ni takde keje lain
dia basuh kereta la, kereta barulah katakan baru je sebulan pakai, dia basuh kereta
dengan bini dia. Tengah bini dia dok vacumm dalam kereta, "Eh kain apa ni bang? Wangi
je kain ni, abang keluar dengan perempuan mana pulak ni bangggg???" Zues pandang
pada kain tu, dia teringat pasal wanita tu, "Takdelah Nazira, semalam masa abang balik
ada sorang perempuan nak tumpang, lepas tu dia bagilah kain tu tanda terima kasih, alaaa
takde apa-apalah biar jelah kat situ jangan dibuang" si Zues cuba menenangkan keadaan
isterinya. "Abang jangan memain dengan saya bang" dengan keadaan yang agak marah si
Nazira buang kain tu kedalam tong sampah. Si Zues membiarkan saja apa yang dilakukan
oleh isterinya tu, yelah karang dilarang lain pulak jadinya (takut bini jugak mamat ni). Si
Nazira ni pun terus masuk ke dalam rumah meninggalkan si Zues yang sedang memegang
berus, Zeus diam tak terkata apa dengan sikap bininya tu, merajuklah tu biasalah orang
perempuan cemburu, cemburu tandanya sayang tu.

Berlalulah bab tu, pada keesokannya seperti biasa si Zues ni bangun pagi dan bersiap-siap
nak pergi kerja. Tengah dok nak buka pintu kereta, Zues terbau bau yang sangat busuk
bau tu datang dari kereta dia, bila dibukanya pintu kereta bau tu semakin kuat pulak.
Terus si Zues ni panggil bini dia, "Naziraaaa!!!! Mari cepatttt!, "Ye bang" jawab bininya
"Ada apa abang panggil saya?" "Kenapa kereta ni bau busuk sangat ni? Kamu basuh
macammna kereta ni semalam sampai keluar bau busuk macamni?" dengan nada yang
agak tinggi. "Apa pulak bang, manalah saya tahu abang yang sudahkan basuh kereta ni
semalam". "Ish macammana boleh busuk macam ni?" serba tak kena si Zues dibuatnya.

Di pendekkan cerita, Zues mengambil keputusan menjual kereta tersebut setelah puas
berikhtiar menghilangkan bau pada keretanya itu. Zues telah menjual kereta itu di salah
sebuah kedai kereta terpakai dekat Cheras kalau aku tak silaplah. Lama jugak kereta si
Zues tersadai kat kedai tu, takde sorang pun nak beli. Emm begitulah serba sedikit
ceritanya, tak taulah aku apa cerita kereta tu, tapi ada jugak terdengar cerita kereta tu
dah ada orang yang beli, yang beli tu pulak aku dengar cerita orang yang ada ilmu jugak la,
tah macammana dia buat kereta tu pun hilang baunya. Wallahuaklam.

            Cerita Asal : Jend_RG




muka depan